Teknologi Blockchain bakal jadi pilihan pelabur

Posted on Posted in Uncategorized

Assalamualaikum, ramai di luar sana masih kurang faham apakah risiko, potensi, dan revolusi yang telah terhasil dari crypto currencies yang kini berlaku seluruh dunia tanpa mengira batasan umur, negara dan juga kaum. Ada juga segelintir di luar sana juga belum faham perbezaan diantara crypto currencies dan juga crypto assets.

Disebabkan itu, DinarCoin ciptaan DinarDirham.com juga disalah ertikan DNC seperti ponzi, piramid, dan juga money game. Maaf cakap, anda belum faham sepenuhnya konsep, halatuju dan teknologi yang telah dibangunkan oleh DinarDirham yang telah meletakkan produk *DNC sama seperti crypto currencies* yang kini banyak beredar dan timbul seperti cendawan dalam pasaran yang *TIDAK mempunyai intrinsic value and backed by NOTHING.*

DNC yang dicipta adalah benchmark kepada LP (Liquidity Provider) dari harga semasa emas dunia secara “realtime”. Proses minting dan burning yang membolehkan setiap asset disandarkan dengan nilai emas dalam setiap penciptaan unit DNC yang circulate dalam pasaran.

*DNC juga dicipta dari Ethereum protocol melalui Smart Contract* yang membolehkan setiap transaksi dan rekod di simpan melalui ledger blockchain yang tidak berpusat. Dengan menggunakan kejayaan konsep blockchain “decentralized and distributed” yang kini dimana Financial institution dan Bank2 dunia juga dalam proses mencipta system blockchain mereka sendiri, DinarDirham lebih awal telah mencipta produk DNC yang mempunyai ciri-ciri tidak mudah terdedah kepada *manipulasi* oleh *mana-mana individu, penggodam, dan juga manipulasi dari syarikat DinarDirham sendiri*.

Mengikut sejarah, telah banyak percubaan untuk menghasilkan digital asset based on gold seperti Public Gold GAP account, e-gold, e-dinar, pecunix, bank gold saving account, bitgold, dan bermacam-macam lagi di pasaran sejak zaman dulu lagi dan majoritinya pernah gagal. Malah ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tun Dr Mahathir pun pernah mencuba untuk mencipta system digital dinar. Malangnya, ketika itu belum ada sistem teknologi blockchain yang membolehkan emas dicipta dengan selamat dan stabil seperti sekarang dan mempunyai ciri-ciri globalisasi.

Untuk membuatkan DNC diterima pakai dan mempunyai “early market capital” yang besar untuk bersaing dalam pasaran, pihak DinarDirham telah melakukan kerjasama dengan ETPS yang berdaftar di offshore bagi menguruskan pembelian secara pre-order di seluruh dunia. Tanpa konsep pre-order, DNC tidak mampu untuk bersaing dengan crypto currencies ataupun crypto asset yang lain seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple dan lain2 yang mempunyai jutaan market capital. Dengan kejayaan pre-order DNC, kini DinarDirham telah mempunyai *43,000 pembeli DNC* dari seluruh dunia seperti Indonesia, Brunei, Cambodia, Philippine, Thailand, China, Singapore, Yaman, India, Bangladesh, United kingdom, Belgium, UAE, Japan dan juga Malaysia.

Tahniah kepada semua yang yakin dengan teknologi dan produk yang telah dibangunkan ini walaupun kita baru bermula tidak sampai 2 tahun yang lalu dan masih dalam fasa awal berpandukan timeline and roadmap. Kalau mat salleh dan negara2 luar boleh berbangga dengan crypto mereka seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple, Monero dan lain2.. kita semua boleh berbangga dengan DinarCoin yang telah menembusi lebih dari 10 buah negara dan mempunyai “early market capital” yang kukuh dalam memartabatkan ekonomi kita semua.

Akhir kata, silalah membaca dan mentelaah artikel terbaru yang dikeluarkan oleh penulis blog DinarDirham buat panduan anda di luar sana dan pemahaman untuk kita semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *